Teh Tarik Gelas Besar

Blogger is dead. Now this is my official blog.

Soalan: Disebalik gambar-gambar ini, apa maksudnya? 

Klu: Apa yang anda baca di sini selama ini.

Antara Agama Dan Gaya Hidup

1. Hari ini adalah hari Wesak, hari kelahiran Siddhartha Gautama Buddha.

2. Ramai yang salah tanggapan mengenai Buddha, terutamanya di dalam negara ini, yang masih lagi ada segelintir Meleis mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menganut ugama Buddha” (which is bangang).

3. Gautama Buddha dilahirkan di Lumbini, Nepal, tetapi mengembara di sekeliling India untuk menyebarkan fikirannya.

4. Buddha merupakan falsafah, selepas beliau melihat kesengsaraan manusia yang hidup melata, beliau mengeluarkan pandangannya.

5. Seperti Karl Marx, seperti Robert Owen, seperti Friedrich Hegel atau Spinoza, Buddha adalah ahli falsafah - mengeluarkan pandangannya selepas melihat keadaan manusia zamannya.

6. Jadi, Marxism bukan agama. Hegelian juga bukan agama. Maka, Buddhism juga mestilah bukan agama.

7. Jadi, timbul persoalan; apa itu agama dan apa itu falsafah?

8. Lalu ada yang mencelah, ada sesetengah berpendapat Islam bukanlah agama tetapi adalah gaya hidup (ad-din).

9. Ini mengelirukan saya. Jika Buddha saya dapat faham pendapat sesetengah pihak bahawa ia bukan agama, kerana tidak ada unsur-unsur ketuhanan (sebaliknya hanya mengajar dalam konsep dukkha, untuk mengelakkan avidya - ignorance), jadi agama itu apa?

10. Ada yang berkata agama ini adalah satu sistem kepercayaan yang membentuk spiritual diri.

11. Falsafah pula ialah sesuatu kepercayaan yang terbentuk dari sudut pandangan kita dari apa yang kita dapat rasa dengan lima deria kita.

12. Jadi, jika ada golongan mengatakan Islam ini bukan agama tetapi gaya hidup, apakah ini tidak melibatkan spiritual? Mustahil ia bukan agama. Islam adalah agama.

13. Lalu, ada yang berpendapat bahawa Islam itu agama dan gaya hidup. Gabungan kedua-duanya sekali.

14. Melihat pada itu, saya cuba buka kembali nota-nota sosiologi yang saya belajar dahulu, dan saya mendapati gaya hidup ini sebenarnya ialah budaya.

15. Contoh, gaya hidup seorang Melayu ialah makan nasi (pakai tangan), buka kasut bila nak masuk rumah, salam cium tangan kepada orang yang lebih tua terutama ibu bapa, dan segala-gala yang dilakukan oleh orang Melayu untuk menjadikan dirinya seorang Melayu.

16. Gaya hidup seorang straight edge ialah mereka yang tidak merokok, tidak minum arak, anti-kapitalis dengan tidak makan McDonalds atau KFC (mereka yang benar-benar beriman dengan ajaran straight edge ini ada peringkat menjadi vegan), dan sering mendengar lagu Black Flag atau Reagan Youth untuk menjadikan diri mereka seorang straight edge dengan mengamalkan budaya straight edge.

17. Jadi, apakah gaya hidup orang Islam? Solat lima waktu sehari semalam. Itu spiritual. Puasa di bulan Ramadhan? Itu spiritual.

18. Dan adalah silap bagi seorang penganalisis sosiologi jika ingin menganalisis gaya hidup dan budaya jika tidak mengaitkan dengan ekonomi.

19. Jadi, akhirnya, seorang kawan memetik kata Faisal Tehrani, “jika bandar itu peradaban, rumah adalah budaya, dan tiang serinya adalah agama.”

20. Peradaban tercipta dari pencarian manusia mencari sumber ekonomi. Kerana itu peradaban dunia bermula di sungai-sungai, kerana di situlah tanah subur serta sumber air bagi manusia dan ternakan dan tanaman mereka untuk hidup subur dan terus hidup.

21. Apabila manusia sudah mempunyai peradaban, ia sudah mula mempunyai budaya. Budaya ini dibentuk mengikut kesesuaian masyarakat di kawasan itu sendiri.

22. Misalnya, budaya Melayu makan nasi kerana beras dari padilah sumber karbohidrat paling mudah didapati di kawasan ini. Budaya orang Jerman pula makan gandum kerana gandum lebih mudah untuk didapati di situ.

23. Bukan sahaja makanan, tetapi pakaian, perkembangan bahasa dan sebagainya membentuk sebuah budaya di dalam satu peradaban.

24. Jadi, pembudayaan itu timbul apabila sesuatu golongan dalam masyarakat tersebut sudah selesa dengan cara hidup tersebut.

25. Saya pasti belum tentu orang Melayu boleh selesa makan makanan Arab hari-hari (kalau sekali sekala itu boleh dikecualikan), tetapi akhirnya makan nasi Melayu juga.

26. Jadi, pada akhirnya bagaimana terbentuknya agama ini?

27. Agama terbentuk apabila di dalam satu budaya itu, perlu ada satu pengisian rohaniah, seperti satu sistem kepercayaan bagi manusia patuh kepada undang-undang.

28. Seperti yang kita semua tahu, budaya Melayu ini pada asalnya ialah diteguhkan dengan agama Hindu dan kepercayaan Buddha.

29. Buktinya kita lihat persandingan Melayu saling tidak tumpah dengan budaya masyarakat India yang kebanyakannya menganut agama Hindu dan memegang kepercayaan Buddha.

30. Penyaduran agama terbentuk apabila satu agama baru masuk ke kawasan tersebut, lalu hanya ‘refurbish’ budaya itu dari agama lama ke agama baru.

31. Seperti contohnya, macam perkahwinan Melayu tadi lah, asalnya budaya itu terbentuk dari agama lama (Hindu) kepada agama yang baru (Islam).

32. Jadi, maknanya - agama ialah agama dan gaya hidup adalah pembentukan budaya.

33. Ini kerana budaya orang Arab, gaya hidup orang Arab tidak sama seperti orang Melayu, walaupun sama agamanya.

34. Sebab itu ramai Melayu yang masih ada mengaku “aku bukan Melayu tapi aku Islam” ini adalah golongan yang terkeliru dengan bendaaalah ini.

35. Dan akhirnya, pandangan saya ialah, gaya hidup manusia pasca moden ialah mereka yang menganut konsumerisme, iaitu mereka yang membuat keputusan dan meletakkan nilai-nilai hidup melalui imej visual dan wang, dengan berdasarkan apa yang digayakan sebagai gaya hidup. Beli perabut IKEA, minum starbucks, makan McDonalds, pakai kasut Nike, beli baju Prada.

36. Jadi, anda rasa dengan gaya hidup anda sekarang, adakah anda benar-benar memegang ‘tiang seri’ budaya anda, atau sebenarnya anda telah menggantikan ‘tiang seri’ yang baru, seperti yang dilakukan oleh orang Melayu enam ratus tahun yang lalu?

Good evening, London. Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of the everyday routine, the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration - whereby those important events of the past, usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle, are celebrated with a nice holiday - I thought we could mark this November the fifth, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat.

There are, of course, those who do not want us to speak. I suspect even now orders are being shouted into telephones and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there?

Cruelty and injustice…intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, to think and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance, coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who’s to blame? Well certainly there are those who are more responsible than others, and they will be held accountable. But again, truth be told…if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror.

I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War. Terror. Disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you and in your panic, you turned to the now High Chancellor Adam Sutler. He promised you order. He promised you peace. And all he demanded in return was your silent, obedient consent.

Last night, I sought to end that silence. Last night, I destroyed the Old Bailey to remind this country of what it has forgotten. More than four hundred years ago, a great citizen wished to embed the fifth of November forever in our memory. His hope was to remind the world that fairness, justice and freedom are more than words - they are perspectives. So if you’ve seen nothing, if the crimes of this government remain unknown to you, then I would suggest that you allow the fifth of November to pass unmarked. But if you see what I see, if you feel as I feel, and if you would seek as I seek…then I ask you to stand beside me, one year from tonight, outside the gates of Parliament. And together, we shall give them a fifth of November that shall never, ever, be forgot!

Lacrosse - No More Love Songs.

Idea Novel Baru.

Aku dapat idea baru lepas fikir-fikir tadi. Semua sebab masa tadi aku kalut, dan duduk termenung hampir dua jam, aku nak makan apa. Aku perhati di keliling aku ada mamak, tomyam, mamak, mamak, mamak, mamak, tomyam, ok ada satu gerai Indonesia (not actually gerai, more to lorry, I guess), lepas tu lauk Melayu. OK, aku ke gerai lauk Melayu. Aku tengok lauk yang sama - macam semua.

Tapi bukan pasal makanan aku nak tulis. Aku nak tulis pasal sebuah novel dystopian dimana kita tidak lagi ditadbir oleh negara-negara, sebaliknya syarikat megacorporation dimana kita dipimpin oleh seorang CEO sebagai pentadbir kita. Segala-galanya diswastakan. Dari jalan raya, sekolah, pejabat pos - semua diswastakan.

Tapi benda tu macam dah common sangat. Aku mungkin nak letak elemen macam Komrad Cinta, atau membaca semula filosof ‘Ezreenism’ yang shaping novel Komrad Cinta. 

Entahlah, tunggu aku rilek dulu untuk hasilkan novel ni. Buat masa sekarang ia cuma atas draf sahaja.

Aku juga nak imply more of about ‘penyembahan imej visual’ dan penguasaan megacorporation dalam hidup kita.

Korang rasa macam mana?